Never Perfect

Disclaimer


Choose One icon above . Thankyou ^^

Entries About Link Its Me

Tagboard




Music Player

 

Credits

Basecode by: Aina Syaza
Editor: Amel Jasmeen
Owner: HanieHawa
Others:   
Nerd VS REMPIT
Salam and Mornings Bloggers!

hari ini aku nak mntak pendapat korang.. mana satu korang prefer dalam penulisan blog korang? adakah ayat - ayat rempit.. seperti xikot grammar bahasa melayu, menggunakan statement yang rojak (seperti ini), menggunakan singkatan seperti aku jadi ak dan menggunakan huruf "W" secara berlebihan? seperti, marah ke?jadi maWrah keW? hahaha..

Ataupun anda lagi suka untuk menggunakan ayat skema seperti tiada singkatan, tidak menggunakan ayat rojak, mengikut tatabahasa melayu dan paling penting tidak menggunakan huruf "W" apabila tidak perlu..


haa~ setiap penulisan nih dikatakan dapat menggambarkan personaliti setiap bloggers tersebut.. seperti pengguna ayat - ayat rempit dikatakan seperti just be urself! xperlu nk fkir orang sgtla~ dan ada yg happy go lucky.. sebab tuh mereka main sebat bagaimana gaye penulisan dorang.. ada jugak rempit dalam BI.. ada! xcayakah? hehehe~ mcm mane rempit dalam BI? ade sesetengah tuh, penulisan dorang ade yg "bitching-bitching" atau dalam BM nyer GEDIK! hahaha :P

ayat - ayat skema pula, dikatakan dapat menggambarkan personaliti pemilik blog seperti, berdisiplin, mengambil berat orang lain (dimana kalau menggunakan ayat - ayat rempit, orang lain mungkin tidak faham.), dan mungkin antara mereka sangat tegas ( ada juga yang Happy Go Lucky! :) )

ada juga KELEBIHAN :

REMPIT : cepat dan senang (sebab banyak shortform)

SKEMA : senang difahami dek semua orang

ada juga KELEMAHAN :

REMPIT : susah difahami apabila dapat di tangan rempit sejati! byk shortform yang die buat sendiri dan ayat yg tunggang - langgang...


SKEMA : time consuming... melainkan orang itu power nak menaip panjang -panjang..


yang mana satu pilihan hati kalbu anda, tentulah anda yang pilih.. kan? setiap orang ada gaya penulisan mereka, tetapi satu jerla kekadang ak ternampak.. singkatan yg kekadang terlalu singkat sampaikan ak pon xphm ape yg cuba disampaikan.. dik~ dalam tulis blog xde pakai kredit, tulis la shortform yang elok sket!..

p/s : tepuk dada, tanya selera :)


p/ss : blog ak dah sembuh dari penyakit JUMP BREAK yang ak pon pening nak cari mane silap dier.. yeay! Alhamdulillah~ :)


Older Post | Newer Post