Never Perfect

Disclaimer


Choose One icon above . Thankyou ^^

Entries About Link Its Me

Tagboard




Music Player

 

Credits

Basecode by: Aina Syaza
Editor: Amel Jasmeen
Owner: HanieHawa
Others:   
5 Hari Saiful Ke Alam Bunian ! -Part 1 -
Assalamualaikum ! Saya Nak Cerita Tentang Pengalaman Seorang Lelaki Yang Bernama Saiful (bukan nama sebenar) Yang Pernah Mengembara Ke Alam Bunian . Cerita Ini Dari Sebuah Buku Mastika Keluaran September 2012 .


PART 1

Hari ini,setiap kali saya bangun daripada tidur , saya akan termenung panjang . Peristiwa yang berlaku pada 18 Jun yang lalu cukup membingungkan . Puas saya berfikir,kenapa perkara ini berlaku kepada orang macam saya . saya terpaksa berubat secara tradisional kerana saya rasa inilah cara terbaik untuk menghindari daripada gangguan gejala2 daripada alam ghaib yang takputus2 cuba menggangu keharmonian keluarga saya . Ceritanya begini . . . 


PADA hari tersebutmerupakan hari permulaan minggu . Seperti biasa pada hari Isnin ,selepas bangun tidur seawal pukul 5.00 pagi , saya akan mandi,menunaikan solat Subuh kemudian menyiapkan diri bersiap untuk ke tempat kerja .
Seperti biasa juga saya akan membantu isteri saya menyiapkan anak-anak.sudah menjadi lumrah hidup berumah tangga,ditambah pula kedua - duanya bekerja , jadi adalah menjadi tanggungjawab saya menghantar dua daripada empat anak kami ke taman asuhan kanak-kanakberhampiran dengan rumah kami.
Sebaik sahaja menghantar anak saya di taska , saya terus memandu menuju ke Shah Alam , tempat saya bekerja . Selepas keluar daripada simpang ke jalan besar , saya mula rasa lain macam . Kepala saya mulai pening.Badan saya terasa lemah . Namun saya tetap memandu dengan kelajuan yang biasa tetapi lama-kelamaan pandangan saya semakin kabur , semakin kelam dan gelap ....

Ikut Pak Halim Sembahyang Asar

"Nakk! bangun nak ..!" terngiang-ngiang suara dari belakang.Ketika itu mata say tertutup separuh . Kepala saya masih lagi berpusing-pusing pening lalat.Apabila saya mencelikkan mata,saya sedar saya terjelepok berada di sebuah pinggir hutan . 
Saya memandang sekeliling,pohon merimbun melatari pandangan mata . Lalu saya tenyeh-tenyeh mata lagi. Saya bangun dengan lemah-longlai , saya lihat pintu kereta saya terbuka luas . Saya jadi bingung,bila masa pintu kereta terbuka , dan kenapa saya berada di lantai pinggir hutan di sini ? 
Saya bingkas bangun menuju ke arah keretandan melihat jam  kereta , sudah pukul 6.00 lebih . Apa berlaku tadi?
"Nak...kamu nak kemana?"saya segera tersenntak dan menoleh ke belakang."Tak tahuu"jawab saya kebinungan . Seorang lelaki tua berserban dan berjubah putih berdiri di belakang saya . Kulitnya putih , sedikit berkedut pada dahi ,bawah mata , manakala kumis dan janggutnya juga beruban putih . Saya lihat wajah lelaki tua dihadapan saya ini begitu bersih !

Kemudian...............

 


Older Post | Newer Post